Perlindungan Untuk Masa Depan Anda!
Al Saudagar Takaful
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Dalam Takaful, para peserta memberi caruman ke dalam dana yang dikongsi bagi tanggungjawab bersama dan mengurangkan beban jika berlakunya musibah. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
​
"ANDA DILINDUNGI SAMBIL MELAKUKAN KEBAJIKAN BERSAMA"







Kepentingan Takaful
Dalam sekelip mata, kita boleh kehilangan segala yang penting dalam hidup. Kehilangan nyawa, hilang punca pendapatan dan hilang upaya disebabkan kemalangan atau penyakit yang tidak diduga adalah beberapa peristiwa yang boleh terjadi kepada sesiapa jua.
Terdapat 11 kepentingan asas memiliki Takaful yang perlu anda ketahui :
​
Pengganti Insurans Konvensional – Takaful bebaskan umat Islam dari unsur haram.
Mengelakkan Hutang – Kad Perubatan Takaful membebaskan anda dari hutang dan mengelakkan anda MUFLIS akibat kos perubatan yang tinggi.
​
Alternatif SOCSO – Takaful memberikan perlindungan 24jam jika berlaku musibah, dimana jua anda berada, tidak hanya pada waktu bekerja.
Sebagai Alternatif KWSP – Takaful akan melabur wang yang anda carum dan pada masa yang sama memberikan perlindungan 24 jam.
​
Penggantian Pendapatan – Takaful membayar pampasan tunai sebagai ganti pendapatan anda jika berlaku lumpuh kekal dan tidak boleh bekerja.
​
Penyelesaian Hutang – Takaful menyelamat anda dengan menyelesaikan hutang anda, agar anda tidak terbeban dengan hutang selepas meninggal dunia
Pengecualian Cukai – Takaful membantu anda dalam mengurangkan bebanan cukai pendapatan tahunan
Menjamin Waris Anda – Takaful menyediakan pampasan kepada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan, supaya tidak hidup terhina dan meminta-minta. Jumlah wang pampasan boleh terus di hibah kepada isteri atau suami atau orang yang tersayang tanpa perlu melalui proses faraid yang memakan masa yang lama dan merumitkan.
​
Upah Badal Haji – Takaful memastikan anda memperolehi haji apabila anda mati atau lumpuh kekal, jika anda belum lagi menunaikan ibadah haji.
Dana Pendidikan Anak – Takaful membolehkan anda menyimpan secara tetap dan berdisiplin untuk dana pendidikan anak anda disamping memberi perlindungan 24 jam kepada anak anda.
Dana Kecemasan & Amal Jariah – Takaful menyimpan duit anda dan melaburkannya untuk saham dunia dan saham akhirat anda.
Pelan PruBSN Takaful

Hibah PruBSN TakafulLink
APA ITU HIBAH TAKAFUL?
Hibah bemaksud hadiah,hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?
Penama adalah penerima mutlak.
Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.
​
​

Kad Perubatan HealthEnrich+
Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat kos perubatan yang meningkat sejajar dengan kenaikan berterusan kos sara hidup, anda memerlukan pelan yang mampu melindungi diri anda serta mereka yang anda sayangi daripada kejadian yang tidak diduga dan sekaligus menyempurnakan hidup anda.
HealthEnrich+ (HE+) mampu melindungi kesihatan anda pada setiap peringkat hidup. Direka dengan ciri-ciri baharu dan komprehensif, HE+ memastikan perlindungan optimum untuk keperluan perubatan anda. Anda dan keluarga tersayang tidak perlu lagi bimbang dan lihatlah ke masa hadapan dengan penuh harapan.

Dana Pendidikan PruBSN SmartLink
PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitanpelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.
Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 dan 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Takaful Kediaman (MLTT)
Mortgage Level Term Takaful (MLTT) adalah produk yang patuh syariah, selari dengan konteks perancangan kewangan Islam. MLTT juga memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal, dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.
​
Apabila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh (dikenali sebagai TPD, atau Permanent Disability), pampasan MLTT akan dibayar keseluruhan kepada penama. Ia akan jadi tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada pihak bank.
Selepas menerima pampasan ini, penama bertanggungjawab selesaikan baki hutang kepada pihak bank. Lebihan wang pampasan adalah hakmilik penama dan ia tidak tertakluk kepada konsep faraidh.
​
​
​

PruBSN UmmahLink
PruBSN UmmahLink ialah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan berkala yang menyediakan anda perlindungan, pelaburan dan simpanan.
PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda.
Dengan PruBSN UmmahLink, anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda.

PruBSN Warisan
PruBSN Warisan direka khas bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat orang yang tersayang dalam bentuk hibah sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda.
Ianya satu pelan takaful berkaitan pelaburan yang memberikan perlindungan yang tinggi. Dengan PruBSN Warisan, anda dan orang yang anda sayangi dilindungi daripada hidup yang tidak terjamin supaya warisan anda akan terbina dengan teguh.
​
Sara Hidup Keluarga - Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM250,000, kesejahteraan orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku.
​​
Hibah - Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Hubungi Saya!
Hubungi Al Saudagar Takaful untuk maklumat produk dan penerangan lanjut mengenai Takaful.
Email:
Phone:
016-2184686